fbpx

Penduduk kaki Gunung Jerai trauma aliran deras air dari Gunung Jerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaitun (tengah) bersama ahli keluarga membersihkan lumpur akibat kejadian banjir kilat di Seberang Pekan Yan pada semalam.

YAN – Seorang wanita warga emas terus dirundung rasa takut apabila rumahnya sekali lagi dilanda banjir kilat dengan aliran air deras dari Gunung Jerai dalam kejadian di Seberang Pekan Yan di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7 malam itu berlaku ketika Zaitun Abdullah, 67, mahu mengambil wuduk untuk solat maghrib.

Menurut Zaitun, dia sudah berasa tidak sedap hati apabila hujan lebat berpanjangan sejak pukul 6 petang semalam.

“Perasaan trauma selepas kejadian aliran puing pada 18 Ogos lalu belum hilang lagi dan semalam saya sudah mula rasa susah hati apabila hujan terlalu lebat di kawasan ini dan puncak Gunung Jerai.

“Apa yang ditakutkan akhirnya berlaku apabila aliran deras air dari Gunung Jerai yang turun menerusi Sungai Titi Hayun melimpah dan memasuki kawasan rumah penduduk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI