fbpx

Gajah sesat di Batu Rakit berjaya dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gajah yang tersesat berjaya dipindahkan dengan bantuan dua gajah denak, Kala dan Suria di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seekor gajah betina berusia 10 tahun yang tersesat di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit di sini sejak Selasa lalu akhirnya berjaya dipindahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu hari ini.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, operasi penangkapan dan pemindahan gajah seberat dua tan itu dijayakan dengan bantuan dua ekor gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Sungai Deka, Hulu Terengganu.

Beliau berkata, operasi yang bermula pukul 8 pagi itu mengambil masa tujuh jam melibatkan 14 anggota Perhilitan negeri dan anggota PKGK Sungai Deka.

“Hasil bantuan gajah denak bernama ‘Kala’ dan ‘Suria’, kita berjaya bawa keluar gajah sesat itu dari dalam hutan kira-kira pukul 3 petang tadi. Pemeriksaan pegawai veterinar menemui luka kecil pada badannya.

“Begitupun keadaannya sihat dan diberikan rawatan susulan di lokasi sebelum dilepaskan ke habitat asal pada masa terdekat,” katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Atap di sini hari ini

Kosmo! kelmarin melaporkan penduduk Kampung Pengkalan Atap gempar dikejutkan penemuan tapak kaki dan najis haiwan liar berkenaan berhampiran kawasan rumah mereka.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI