fbpx

Arus deras Gunung Jerai hanyutkan batu sungai, bentuk aliran baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak bermain di aliran baharu yang terbentuk di tepi sebuah rumah selepas kejadian arus deras dari Gunung Jerai, Yan pada semalam. Foto SHAHIR NOORDIN

YAN – Kejadian aliran deras dari Gunung Jerai akibat hujan lebat lebih tiga jam pada petang semalam mengakibatkan kerosakan pada permukaan jalan di kawasan peranginan Titi Hayun di sini.

Tinjauan juga mendapati kawasan peranginan tersebut dipenuhi batu dan pasir sungai serta sisa pokok yang dihanyutkan arus deras.

Selain itu didapati masih berlaku limpahan air di beberapa lokasi di laluan masuk ke kawasan peranginan berkenaan.

Terdapat juga pembentukan aliran air baharu di kiri dan kanan sebuah rumah di Kampung Setol terletak berhampiran menyebabkan kawasan rumah berkenaan menjadi seperti pulau.

Beberapa kanak-kanak dilihat mengambil kesempatan dengan bermain di aliran air jernih yang mengalir dari Sungai Batu Hampar.

Menurut peniaga di situ, Mohammad Nor Ismail, 55, kejadian arus deras berlaku ketika kerja-kerja membersih dan mendalamkan Sungai Titi Hayun sedang dilakukan.

“Kejadian arus deras menyebabkan air di kawasan sungai yang cetek melimpah ke kawasan peranginan ini (Titi Hayun) sehingga menghanyutkan batu dan pasir serta merosakkan permukaan jalan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, kawasan peranginan berkenaan masih ditutup kepada orang ramai atas faktor keselamatan dan kerja-kerja baik pulih. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI