fbpx

Seremban, Port Dickson alami banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

SEREMBAN- Ekoran hujan lebat sejak tengah hari tadi, beberapa lokasi di daerah ini dan Port Dickson mengalami kejadian banjir kilat.

Tinjauan Kosmo! mendapati, beberapa kawasan seperti di Mambau dan Ampangan telah dinaiki air selain kawasan Jimah di Port Dikcson.

Difahamkan turut berlaku beberapa kejadian pokok tumbang di Labu dan juga di Taman Bukit Chedang yang turut menyebabkan kesesakan jalan raya.

Kosmo! sedang cuba mendapatkan maklumat daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengetahui keseluruhan kawasan yang terjejas ekoran hujan lebat hampir enam jam ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI