fbpx

Tuanku Muhriz mencemar duli lancar Risalah Penghayatan Solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Muhriz berkenan menyempurnakan pelancaran Risalah Penghayatan Solat pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 1443H di sini semalam.

SEREMBAN – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan pelancaran Risalah Penghayatan Solat pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 1443H di sini semalam.

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini diadakan di Masjid Negeri di sini bertemakan ‘Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti.’

Risalah Penghayatan Solat itu merupakan hasil idea dan semakan baginda sendiri yang memuatkan bacaan dan terjemahan solat termasuk dalam Bahasa Inggeris.

Dalam upacara tersebut, ketibaan baginda diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir bagi merasmikan gimik pelancaran risalah solat tersebut.

Baginda dalam ucapannya bertitah, menyedari hakikat bahawa ramai umat Islam tidak mempelajari Bahasa Arab, MAINS telah menerbitkan sebuah risalah ringkas yang menterjemah setiap bacaan dalam solat kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

“Risalah ini bertujuan untuk memudahkan pemahaman maksud bacaan dalam solat, sekali gus membantu umat Islam menghayati ibadat solat.

“Langkah menerbitkan risalah ini adalah satu usaha yang amat sesuai. Beta berharap risalah ini akan dijadikan rujukan oleh mereka yang tidak memahami Bahasa Arab,” titah baginda.

Turut berkenan berangkat bersama anakanda Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan putera kedua baginda, Tunku Zain Al-’Abidin Ibni Tuanku Muhriz. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI