fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 4 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di empat buah negeri dijangka akan mengalami hujan lebat beserta ribut petir pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook berkata, bagi negeri Kedah kawasan yang terlibat adalah sekitar Bandar Baharu.

Sementara itu, untuk negeri Pulau Pinang, ia melibatkan kawasan di Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan.

Amaran cuaca sama juga turut dikeluarkan untuk beberapa kawasan di negeri Perak antaranya Kerian, Larut, Matang, Selama dan Kuala Kangsar.

Bagi negeri Sarawak pula, kawasan yang terlibat meliputi Serian, Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Betong, Sibu, Selangau, dan Mukah (Daro, Matu).

Menurut MetMalaysia keadaan cuaca ini akan berterusan sehingga pukul 10 pagi nanti.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI