fbpx

Sarawak mencatatkan kes kematian tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sarawak merekodkan kes kematian Covid-19 tertinggi dengan 13 kes daripada 63 kes kematian yang dicatatkan di seluruh negara.

Menurut data pada laman web CovidNow, pertambahan 63 kes kematian tersebut menjadikan jumlah kematian terkini Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 27,921 kes.

“Tiada kematian harian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam selain terdapat 11 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID). Jumlah kes BID di seluruh negara merekodkan sebanyak 5,646 kes,” menurut data tersebut di sini hari ini.

Negeri-negeri yang merekodkan kematian ialah Sarawak (13), Johor (9), Sabah (7), Selangor (6), Perak (5), Kedah (4), Melaka (4), Pulau Pinang (4), Kuala Lumpur (3), Kelantan (2), Pahang (2), Perlis (2), Negeri Sembilan (1) dan Terengganu (1) serta tiada kematian di Labuan dan Putrajaya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI