fbpx

MEDAC sasar kewujudan 120 vendor dalam tempoh RMK-12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tengah) bergambar bersama wakil Anchor sedia ada pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Pelaksanaan Program Pembangunan Vendor (PPV) di Hotel Everly, di sini, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan sebanyak 120 Vendor didaftarkan di bawah enam syarikat peneraju baharu bagi Program Pembangunan Vendor (PPV) dalam tempoh Rancangan Malaysia ke 12 (2021-2025).

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, sehingga tahun 2021, sebanyak 24 syarikat pemaju yang menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan bagi melaksanakan PPV tersebut.

“Enam syarikat peneraju tersebut ialah Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd., Aerodyne Group Sdn. Bhd., Sime Darby Berhad, UEM Sunrise Berhad dan Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA).

“Di bawah syarikat-syarikat peneraju ini, sebanyak 1,200 syarikat vendor bumiputera telah didaftarkan dan berpeluang untuk menikmati inisiatif disediakan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Noh, setakat ini, sebanyak 951 svarikat vendor telah menerima bimbingan dan latihan daripada PPKV manakala 39 syarikat Vendor telah menerima geran pembangunan di bawah program Geran Inovasi dan Pengkormesialan Vendor (GIPV) bagi aktiviti inovasi dan pengkomersialan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI