fbpx

Han So-hee ambil ubat penenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAN SO-HEE

BUAH tangan terbaharu aktres jelita Han So-hee, My Name yang ditayangkan secara rasmi dalam Netflix sejak 15 Oktober lalu menjadi topik hangat dalam kalangan peminat.

Selepas unggul dengan drama Nevertheless, pelakon itu tampil dengan kelainan apabila membintangi drama My Name iaitu genre aksi.

Sedangkan sebelum ini, So-hee hanya muncul dalam banyak drama cinta dengan memegang watak perempuan menggoda dan feminin.

Disebabkan itu, So-hee tidak dapat menahan gementar atas usaha keras yang dilakukannya dalam My Name.

Sebelum tayangan rasmi My Name bermula Jumaat lalu, So-hee menerusi Instagramnya memuat naik foto dengan kapsyen berbunyi: “Akhirnya, hari ini tiba! Pukul 4 petang, My Name akan ditayangkan dalam Netflix.”

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah gambar kedua dimuat So-hee iaitu sebotol Cheong Shim Won iaitu ubat tradisional popular Korea.

Ubat berkenaan merupakan ramuan herba dan diperbuat daripada bahan semula jadi yang berfungsi untuk memberi ketenangan. Ubat tersebut boleh diambil oleh mereka yang berada dalam keadaan panik.

Ramai selebriti termasuk artis idola mengambil Cheong Shim Won untuk menghilangkan rasa gementar ketika membuat persembahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI