fbpx

RM5 juta untuk program dakwah, bantuan Yadim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Kamarul Arief (kanan) menyampaikan bantuan makanan kepada Penghulu Orang Asli Kuala Koh, Mohamad Pokok di Kampung Kuala Koh, Gua Musang hari ini. -FOTO : AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) memperuntukkan dana lebih RM5 juta bagi menjalankan gerak kerja dakwah dan bantuan kepada komuniti di seluruh negara tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, dana itu merupakan sumbangan daripada orang awam, pihak kerajaan dan pelbagai agensi.

Menurutnya, pelbagai program yang diwujudkan itu dapat memberi manfaat kepada golongan sasar di setiap daerah di negara ini.

“Sebenarnya peruntukan yang Yadim peroleh untuk melaksanakan program adalah daripada poket rakyat negara ini sendiri.

“Kita mendapat sumbangan orang awam yang cukup banyak. Sebagai contoh, kita sudah menggunakan dana sebanyak RM2.36 juta hasil bantuan orang ramai untuk pengedaran kit makanan bermula Januari sehingga hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penutup Kembara Dakwah Belantara dan Intervensi Pendidikan Kesihatan di perkampungan Orang Asli Kuala Koh di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI