fbpx

Kim Chung-ha rakam lagu OST kurang dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM CHUNG-HA

PENYANYI Kim Chung-ha tidak dapat menyembunyikan keterujaan selepas dilamar untuk menjayakan sebuah single yang digunakan sebagai runut muzik drama One The Moment.

Perkara tersebut dikongsikannya menerusi Instagram sambil berkongsi momen dia sedang merakam lagu balada berjudul Someday di dalam studio rakaman.

“Someday merupakan versi lagu yang dirakam daripada Ride A Bike By Guitar yang pada awalnya dinyanyikan oleh sebuah band rock Korea tahun 1970-an, Sanulim.

“Sampai sekarang saya masih tidak percaya diberi peluang menyanyikan lagu OST untuk sebuah drama popular yang kini sedang bersiaran di saluran SBS,” katanya penuh teruja.

Tambah Chung-ha, single OST ketiga untuk drama tersebut mengambil masa tidak sampai dua jam untuk siap dirakamkannya.

Someday boleh didengari bermula 15 Oktober dalam semua pelantar muzik termasuk YouTube rasmi SBS.

Sekadar info, drama tersebut dilakonkan pelakon Lee Ha-nee yang memainkan watak sebagai Jo Yeon-joo. Naskhah berkenaan mengisahkan konflik keluarga dan percintaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI