fbpx

Khidmat Quartararo jadi buruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO memiliki kelebihan 52 mata sebagai pendahulu dan semakin hampir untuk merangkul kejuaraan dunia musim ini berbaki tiga perlumbaan. – AFP

LONDON – Aksi terbaik yang dipamerkan pelumba Perancis, Fabio Quartararo sejak berada dalam kelas perdana MotoGP menyebabkan ramai pihak mula mahu mendekati pelumba Yamaha tersebut.

Lebih menarik, Quartararo yang semakin hampir untuk menjulang gelaran juara dunia sulung di MotoGP itu dikatakan telah ditawarkan kontrak oleh dua pasukan di MotoGP pada musim 2023 nanti.

Perkara itu didedahkan sendiri pengurus Quartararo, Eric Mahe selepas mengakui ada pasu­kan yang bersedia untuk menawarkan tempat buat pelumba itu itu sebaik sahaja kontraknya berakhir bersama Yamaha pada 2022 nanti.

“Kami telah dihubungi dua pasukan. Buat masa ini kami tiada sebarang perancangan pada 2023, Quartararo akan memutuskan yang terbaik buatnya selepas ini.

“Dia gembira dengan apa yang dicapai pada ketika ini dan apa yang penting kami tidak terburu-buru untuk membuat keputusan. Quartararo masih muda, malah dia memiliki masa depan yang panjang dalam saingan MotoGP,” katanya.

Meskipun tidak menyebut pasukan yang menawarkan kontrak tersebut, namun pasukan gergasi seperti Honda dan juga Ducati dikatakan bersedia untuk membawa masuk Quartararo jika mendapat persetujuan daripada pelumba itu.

Quartararo kini menghampiri Kejuaraan MotoGP Dunia yang pertamanya selepas merangkul lima kemenangan musim ini sekali gus melebarkan penguasaan dalam kedudukan kejua­raan dengan 52 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI