fbpx

Kerajaan lihat keperluan pemohon baharu perkhidmatan awam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI Yaakob (dua dari kanan) diiringi Acryl Sani (kanan) menyerahkan surat arahan kenaikan pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Mansor Samsuddin pada majlis kenaikan pangkat Ketua Polis Daerah Bera dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bera di Dewan Sri Kempas Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bera di sini, hari ini.

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan melihat kepada keperluan pemohon baharu dalam perkhidmatan awam melengkapi dos vaksin Covid-19 dalam memastikan keselamatan masyarakat keseluruhan.

Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu akan diteliti terlebih dahulu termasuklah dalam aspek perundangan dan keperluan dilaksanakan.

“Itu (pemohon baharu lengkap vaksin Covid-19) cadangan yang baik tetapi perkara ini perlu diputuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan setakat hari ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengeluarkan arahan bahawa setiap kakitangan kerajaan perlu mendapatkan dos lengkap vaksin.

“Dari segi perundangan yang bekerja boleh dikenakan tindakan kerana tertakluk kepada peraturan kerja tetapi yang baru hendak minta kerja kita lihat keseluruhan dari segi perundangan sebelum apa-apa keputusan dibuat,”katanya pada majlis kenaikan pangkat Ketua Polis Daerah Bera dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bera di Dewan Sri Kempas Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bera di sini, hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Keselamatan), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman; Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass dan Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf.

Sempena kenaikan pangkat itu juga menyaksikan IPD Bera telah dinaikkan kepada gred B yang boleh mempunyai keanggotaan sehingga 650 anggota berbanding hanya 300 pada masa ini.

Menurut Ismail Sabri, individu yang tidak mahu menerima suntikan vaksin bukan sahaja menyusahkan orang lain tetapi menyusahkan diri sendiri kerana tidak mendapat pelbagai kemudahan selain berhadapan risiko jangkitan yang lebih teruk.

Katanya, pelbagai kemudahan termasuklah aktiviti rentas negeri dan sebagainya seperti umrah dan menunaikan haji juga hanya dibenarkan kepada individu yang telah lengkap suntikan vaksin. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI