fbpx
Wanita hamil ketika pandemik berdepan beberapa komplikasi kehamilan berbanding sebelum pandemik. - Getty

Hamil ketika pandemik tingkatkan risiko komplikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOSTON, MASSACHUSETTS – Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal kesihatan, JAMA Network Open mendapati bahawa risiko komplikasi kehamilan seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan tumbesaran janin yang lemah meningkat ketika pandemik Covid-19, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Kajian tersebut mendedahkan bahawa individu hamil adalah 12 peratus lebih berpotensi untuk diserang diabetes pada tahun ini berbanding 2019 dan tujuh peratus lebih tinggi untuk diserang darah tinggi.

Bagaimanapun, kadar kelahiran bagi bayi pramatang dan bayi meninggal dunia sebelum dilahirkan pada tahun 2020 adalah hampir sama dengan sebelum pandemik.

“Kajian kami semasa tempoh pandemik tidak dikaitkan dengan perubahan risiko kelahiran bayi yang meninggal sebelum dilahirkan.

“Ia hanya menyediakan bukti sederhana mengenai risiko kelahiran pramatang yang lebih rendah, selaras dengan kajian sedia ada,” kata penyelidik.

Dalam pada itu, menurut satu kajian lain yang dibentangkan awal bulan ini semasa mesyuarat tahunan Persatuan Anestesiologi Amerika Syarikat, wanita hamil yang menderita Covid-19 dengan gejala lebih cenderung untuk mendapat komplikasi yang memerlukan kelahiran kecemasan.

Kajian itu turut mendedahkan bahawa biarpun jarang berlaku, namun wanita hamil dan dijangkiti virus itu adalah 15 kali ganda lebih berisiko untuk meninggal dunia. – AGENSI

POPULAR