fbpx

GP China dibatalkan buat kali ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GP China di Shanghai terpaksa dibatalkan buat kali ketiga berturut-turut tahun hadapan ekoran pertimbangan terhadap isu kesihatan akibat Covid-19. – AFP

SHANGHAI, China – Akibat pandemik Covid-19, China terus mengambil langkah berhati-hati membendung penyebaran wabak tersebut dan antara yang menerima kesan adalah Grand Prix (GP) China di Litar Antarabangsa Shanghai tidak dapat dianjurkan pada musim depan.

Pembatalan tersebut adalah kali ketiga berturut-turut perlumbaan Formula Satu (F1) tidak dapat dianjurkan di China sekali gus menyebabkan GP Emilia Romagna akan mengisi kekosongan tersebut pada 24 April tahun depan.

Australia, Kanada, Singapura dan Jepun terpaksa membatalkan perlumbaan tersebut musim ini akibat terkesan dengan pandemik Covid-19 dan juga sekatan perjalanan antarabangsa, namun kesemua negara itu kembali dalam kalendar perlumbaan bagi musim 2022 nanti.

“Pada tahun ini sambutan perlumbaan F1 sangat baik terutama kehadiran semula penonton ke litar untuk menyaksikan pertarungan dalam kalangan pelumba sejurus wabak Covid-19 melanda dunia.

“Kami berharap dapat melihat lebih banyak kehadiran semula penonton pada 2022 nanti dan menganjurkan perlumbaan seperti biasa selepas kita mengharungi dua tahun yang mencabar.

“Kami sangat gembira kerana beberapa negara kembali me­nganjurkan perlumbaan ini dan tahun depan adalah menarik dengan keha­diran destinasi baharu seperti Miami.

“Justeru, kami terus berwas­pada dengan ancaman pandemik ini dan terus melindungi semua kakitangan dan komuniti perlumbaan ini,” kata kata Pre­siden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali.

Bagaimanapun, F1 dalam satu kenyataan mengakui perlumbaan di Shanghai mungkin dapat diadakan semula jika keadaan di negara tersebut bertambah baik dan selamat untuk menganjurkan perlumbaan.

Pada musim depan, F1 mengeluarkan kalendar perlumbaan dengan meliputi 23 pusingan di sepanjang 35 ming­gu, bermula pada 23 Mac di GP Bahrain dan berakhir di Abu Dhabi pada 20 November 2022 nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI