fbpx

91.5 peratus juta individu dewasa lengkap vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 91.5 peratus atau 21,430,294 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 95.1 peratus atau lebih 22,265,430 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 128,347 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Sarawak mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 18,254 diikuti, Johor (16,231 ), Sabah (13,200) Perak (11,451), Pulau Pinang (9,009) dan Selangor (8,555).

Peringatan buat orang ramai yang ingin pulang ke kampung sila lakukan ujian kendiri Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) bagi memastikan anda bebas daripada Covid-19 supaya penularan wabak ini tidak berlaku lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI