fbpx
Seorang lelaki positif Covid-19 maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berdekatan IKM Sungai Petani, hari ini.

Pesakit Covid-19 langgar kuarantin maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI – Seorang pesakit Covid-19 yang melanggar syarat kuarantin dengan keluar dari rumahnya maut dalam kemalangan di simpang empat lampu isyarat berdekatan Institut Kemahiran Mara (IKM) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Sym Bonus ditunggang mangsa merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

Mangsa yang didapati memakai gelang kuarantin dalam perjalanan ke pekan Sungai Petani dari rumahnya di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, mangsa didapati menunggang motosikal dengan melulu dan melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat tersebut.

“Mangsa merempuh bahagian sisi kanan kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang tukang paip berusia 46 tahun yang ketika itu sedang bergerak semasa lampu isyarat hijau dari arah Kelab Cinta Sayang.

“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa maut di lokasi kejadian manakala pemandu kenderaan Mitsubishi Triton tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN