fbpx

Anak buat Emma Maembong menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emma tidak dapat menahan air mata selepas anak lelakinya, Shariq memanggilnya dengan panggilan mama buat pertama kali dengan sempurna.

PETALING JAYA – Pelakon cantik Emma Maembong menitiskan air mata gara-gara anak lelakinya, Shariq Gabriel buat pertama kalinya menyebut perkataan ‘mama’ dengan sempurna.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 28, berkongsi sebuah video yang dirakam oleh pembantu rumahnya menunjukkan bayi berusia 11 bulan itu sedang meniarap sambil memanggilnya ‘mama’.

“Tengah kerja semalam tiba-tiba maid (pembantu rumah) hantar video. Kali pertama Shariq sebut Mama dengan betul. Allah, sampai menangis dengar,” kata Emma.

Ujar Emma lagi, perkataan ‘mama’ yang keluar dari mulut anaknya itu menyebabkan naluri keibuannya tersentuh sehingga menitiskan air mata.

“Baru faham perasaan mak yang teruja bila anak mereka mula bercakap. Anak pertama, biasalah emosi terlebih sikit. Anak saya pun sudah 11 bulan. Cepat rasa dia dah besar,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon Kimchi Untuk Awak itu mengakui dia dibuai emosi kerana Shariq merupakan anak pertama hasil perkahwinannya bersama suami, Shazli.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai rakan artis dan juga peminat turut berkongsi rasa teruja dan melihat perkembangan Shariq yang semakin membesar dan comel.

“Yeay! Shariq dah pandai panggil mama,” kata seorang peminatnya.

“Nanti bila sudah besar sedikit, sebut mama nak adik,” komen seorang lagi netizen.

Sekadar info, Emma mendirikan rumah tangga bersama suaminya Shazli yang merupakan seorang juruterbang pada 20 Febuari 2020 dan dikurniakan Shariq pada 8 November tahun sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI