fbpx
Keadaan lalu lintas di Plaza Tol Bentong lancar dan tidak berlaku kesesakan setakat pukul 1 tengah hari ini.

Aliran trafik di Bentong masih lengang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG – Aliran trafik memasuki Pahang daripada Lembah Klang di Plaza Tol Bentong di sini hari ini lancar meskipun kebenaran rentas negeri telah dibenarkan.

Berdasarkan tinjuauan Kosmo! di sekitar Plaza Tol Bentong dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) kira-kira pukul 1 tengah hari mendapati laluan yang biasanya sesak setiap kali musim cuti itu masih lancar.

Tinjauan di sekitar laluan baharu Bentong Bypass Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) juga mendapati laluan berkenaan juga lengang.

Keadaan susur masuk ke Bentong Bypass Lebuh Raya CSR yang masih lengang setakat ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, meskipun berlaku pertambahan kenderaan tetapi aliran trafik memasuki negeri ini masih lancar.

Bagaimanapun katanya pihak polis trafik sentiasa melakukan persediaan dan pemantauan berterusan bagi memastikan tidak berlaku kesesakan luar biasa.

“Setakat ini aliran trafik adalah lancar dan pasukan polis melakukan pemantauan berterusan termasuklah di sekitar Bentong.

“Kita melakukan pemantauan berterusan kemungkinan ramai yang memasuki Bentong susulan cuti Maulidurasul pada Selasa depan menyebabkan ada yang mengambil cuti pada hari Isnin untuk balik kampung,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pihak polis menasihatkan orang ramai agar mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP). -K! ONLINE

POPULAR