fbpx

Wanita dicabul ketika berjoging seorang diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LUMUT – Seorang wanita yang berjoging seorang diri berhadapan detik menakutkan apabila dicabul lelaki bermotosikal di Taman Fasa 2J Seri Manjung di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, punggung mangsa berusia 30an ditepuk sebelum melihat seorang lelaki bermotosikal dari arah belakangnya berlalu dari situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Bhoo Khim berkata, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada pukul 9.30 pagi.

“Mangsa berjoging di lokasi tersebut bersendirian sebelum datang sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang dan didakwa memukul punggungnya sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Bhoo Khim, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada televisyen litar tertutup (CCTV) dipasang di situ dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan.-K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI