fbpx

Lee Hyo-ri cipta rekod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE HYO-RI

AKTRES Lee Hyo-ri menjadi artis wanita Korea Selatan pertama yang akan muncul sebagai pengacara dalam anugerah berprestij Mnet Asian Music Awards (MAMA) Disember depan.

Sebelum ini, acara MAMA pernah dihoskan beberapa selebriti lelaki terkenal negara itu termasuklah Song Joong-ki, Lee Seung-gi, Song Seung-heon, PSY dan Jung Hae-in.

Berbeza pada tahun ini pula, Hyo-ri telah diumumkan sebagai pengacara pertama wanita yang akan mengacara acara penuh gemilang tersebut.

Sumber daripada Mnet menyatakan, mereka memilih Hyo-ri kerana mahukan kelainan dan perbezaan lain daripada apa yang pernah disajikan menerusi acara tersebut pada tahun sebelum ini.

“Dia (Hyo-ri) memenuhi kriteria yang palihg sesuai dan kami mahukan dia sebagai satu kelainan pada tahun ini,” kata sumber.

Untuk rekod, MAMA 2021 bakal berlangsung pada 11 Disember 2021 di CJ ENM Content Studio, Seoul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI