fbpx

Kes saman Siti Nordiana, 5 individu akan cuba diselesai cara baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hari ini sepatutnya merupakan kali pertama perbicaraan kes saman itu melalui aplikasi Zoom di Mahkamah Sesyen Sivil namun ditangguhkan.

KUALA LUMPUR – Kes saman penyanyi Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali sebagai Nana terhadap lima individu termasuk Lan Solo dan Syura atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram, berkemungkinan cuba diselesaikan secara baik.

Ia berikutan apabila peguam-peguam yang mewakili plaintif dan defendan memaklumkan akan cuba menyelesaikan kes saman tersebut.

Hari ini sepatutnya merupakan kali pertama perbicaraan kes saman itu melalui aplikasi Zoom di Mahkamah Sesyen Sivil namun ditangguhkan.

Ketika prosiding, peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof, isterinya Nur Sheila Hassim dan Zuraidah Badron atau Syura, memohon supaya perbicaraan ditangguhkan.

Ini kerana pernyataan saksi plaintif hanya diserahkan kepada semua pihak pukul 2 petang semalam dan anak guamnya memerlukan masa untuk meneliti pernyataan saksi plaintif.

Permohonan itu kemudian turut dipersetujui peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili dua lagi defendan iaitu Sam Musyadzafar Samin dan Razidah Ahmad Senusi yang memaklumkan pihak-pihak akan cuba menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Pada masa sama peguam Abang Azlan Abang Ariffin dan Ahmad Syaifulbakri Mohamed yang mewakili Siti Nordiana turut memaklumkan anak guamnya terbuka untuk berbincang untuk penyelesaian kes saman tersebut.

Berikutan itu Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Zulqarnain Hassan kemudian menangguhkan prosiding kes dan menetapkan 20 Oktober ini untuk mahkamah mendengar perkembangan lanjutan mengenai kes saman itu sama ada diselesaikan secara baik atau diteruskan secara perbicaraan.

Pada 3 Ogos lalu Kosmo! melaporkan pertelingkahan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura Badron kini memasuki episod baharu apabila selebrti tersebut menfailkan saman berjumlah RM2.5 juta.

Siti Nordiana, 37, atau Nana memfailkan saman itu menerusi menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen Sivil di sini, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah, 42.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Writ saman yang dihantar secara emel itu, beberapa perkara telah dinyatakan iaitu permohonan maaf secara terbuka dalam media sosial dan terbitan akhbar serta tuntutan amaun ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan yang secara keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI