fbpx

5 operator bot pelancong ‘sangkut’ urin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (dua dari kanan) memberi nasihat kepada operator bot pelancongan yang hadir ke IPD Mersing untuk menjalani ujian saringan air kencing sempena Ops Gelora Khas Bersepadu Benteng Covid-19 malam semalam.

MERSING – Seramai 92 operator bot pelancongan di daerah ini diarah menjalani ujian saringan air kencing bagi memastikan mereka bebas dadah dalam usaha untuk mewujudkan perairan Mersing yang selamat buat pengunjung.

Bagaimanapun seramai lima daripada mereka berusia 22 hingga 33 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamin dan ditahan serta disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi dilakukan bersama Kementerian Kesihatan  (KKM) dan Jabatan Laut juga dilancarkan susulan Mersing bakal menerima bilangan pelancong ramai yang akan menggunakan perkhidmatan bot ekoran pembukaan sempadan.

Katanya, operasi itu juga sebagai langkah proaktif diambil pihak polis dengan melakukan dua saringan air kencing dan Covid-19 bagi memastikan pelancong dan pengguna bot selamat.

“Bagi mana-mana operator bot pelancong yang tidak perbaharui lesen dengan menjalani ujian saringan air kencing Jabatan Laut akan bertindak membatalkan lesen.

“Di peringkat polis kita akan pastikan operasi ini berterusan bagi memastikan operator bot yang ada mematuhi peraturan ditetapkan khususnya dalam konteks penyalahgunaan dadah yang boleh membahayakan penumpang-penumpang bot pelancong dan penumpang lain,” katanya pada sidang akhbar Ops Gelora Khas Bersepadu Benteng Covid-19 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI