fbpx
Jalaluddin (tengah) ketika sesi tinjauan tapak cadangan pembinaan parkir bertingkat, hari ini. /FOTO FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

Isu parkir bertingkat Presint 8 dijangka selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kemelut isu pembinaan parkir bertingkat di Blok C, Presint 8 di sini berakhir apabila Kementerian Wilayah Persekutuan sedia mengambil kira setiap masalah penduduk.

Jaminan itu disuarakan Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias selepas sesi turun padang bertemu sendiri penduduk di kuarters berkenaan bagi mendengar masalah mereka.

Bahkan, walaupun mulanya situasi agak tegang dengan ramai berkeras membantah, namun akhirnya mereka bersetuju dan berpuas hati menerima penjelasan tuntas daripada beliau.

“Setelah mengadakan mesyuarat dengan beberapa pihak berkaitan, kita memutuskan untuk meneruskan projek ini, namun dengan mengambil kira pelbagai faktor dibangkitkan,” katanya hari ini.

Terdahulu, beliau diiringi Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Muhammad Azmi Mohd. Zain bagi meninjau sendiri keadaan tapak dicadangkan dan bertemu penduduk di situ.

Beliau bahkan tekun mendengar tuntutan yang disuarakan terus oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Blok C Fasa 4B, Bakhtiar Anuar Md. Amin dan melihat pelan cadangan pembinaan.

Mengulas lanjut, Jalaluddin berkata, sebelum projek itu dimulakan, PPj akan membina 44 petak parkir sementara dengan laluan pejalan kaki ke Blok C.

Beliau malah memberi jaminan sepanjang tempoh selama 30 bulan, tiada kerja pembinaan dibenarkan selepas pukul 6 petang dengan pematuhan akan dipantau rapi oleh pihak PPj. – K! ONLINE

POPULAR