fbpx
Ahli SACFS mengadakan demostrasi aman di hadapan SUK hari ini. Foto ZULFADHLI ZAKI

SACFS tuntut penjelasan nyahwarta HSK Bukit Cerakah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kerajaan negeri diminta memperjelaskan berhubung status nyahwarta kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Cerakah di Seksyen U10 di sini yang disyaki meragukan.

Wakil Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SACFS) Teckwyn Lim, ini berdasarkan kenyataan Exco Pelancongan dan Alam Sekitar negeri, Hee Loy Sian berhubung isu nyahwarta hutan yang merujuk kepada sebuah peta warta PW1443 sebagai bukti penyahwartaan.

Katanya, berdasarkan carian warta penyahwartaan kawasan tersebut tidak menemukan sebarang maklumat yang dapat mengesahkan bahawa penyahwartaan berkenaan pernah dilakukan sebelum ini.

“Sejauh yang kami faham dan tahu dari segi undang-undang perhutanan, ini (peta warta PW1443) bukan bukti kawasan-kawasan hutan di Seksyen U10 Shah Alam yang dipersoalkan itu.

“Justeru, kami menuntut penjelasan dan pertemuan meja bulat diadakan dengan pihak Exco terbabit bagi mengesahkan status nyahwarta hutan simpan yang dinyatakan beliau pada tarikh 24 September lalu,”katanya.

Sehubungan itu, beliau turut menunut agar notis pemberhentian kerja dikeluarkan pihak berkuasa di kawasan yang didakwa telah dinyahwartakan oleh kerajaan negeri agar segala kekeliruan dapat diperjelaskan sebelum terus melakukan penerokaan di kawasan tersebut.

Terdahulu Teckwyn bersama beberapa ahli SACFS mengadakan demostrasi aman sebelum menyerahkan Permohonan Temujanji Untuk Penjelasan Berkenaan Status Nyahwarta Kawasan-Kawasan Hutan di Seksyen U10 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Akhbar sebelum ini melaporkan keluasan Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah (HSKBC) diakui berkurangan kepada kira-kira 1,298.86 hektar sejak kali pertama diwartakan sebagai hutan simpan pada 1909 yang ketika itu seluas kira-kira 9,642 hektar. -K! ONLINE

POPULAR