fbpx
Suspek (kiri) direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu sebanyak RM308,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Pemilik syarikat disiasat kes tuntutan palsu Penjana Kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Seorang pemilik syarikat ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan dakwaan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM308,000 pada Disember tahun lalu.

Wanita berusia 36 tahun itu ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes yang berkaitan dengan program Penjana Kerjaya 1.0.

Perintah reman terhadap wanita berusia 36 tahun tersebut dibenarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber memberitahu, suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu bagi permohonan bantuan insentif program Penjana Kerjaya 1.0 pada bulan Disember tahun lalu.

“Wanita itu ditahan di rumahnya pada pukul 12.45 tengah hari semalam sebelum dibawa ke Pejabat SPRM Terengganu di sini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.

Program Penjana Kerjaya merupakan inisiatif kerajaan untuk merangsang permintaan pekerjaan untuk majikan selain meningkatkan peluang pekerjaan bagi pencari kerja tempatan. – K! ONLINE

POPULAR