fbpx

Empat sekeluarga cemas, treler bawa bijih besi terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan treler membawa muatan bijih besi yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring berhampiran Bukit Simpul di sini malam tadi.

HULU TERENGGANU – Empat sekeluarga cemas apabila treler membawa muatan bijih besi yang dinaiki mereka terbabas dan hampir jatuh ke dalam gaung di Kilometer 11, Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring berhampiran Bukit Simpul di sini malam tadi.

Kejadian pada pukul 10.30 malam tersebut berlaku ketika treler dipandu Mohd. Salanafuddin Zulkifli,44, sedang menuruni kawasan berbukit di laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Zaid berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Salanafuddin yang ditemani isterinya Nor Azlina Salim,40, dan dua anak lelaki mereka berusia empat dan sembilan tahun sedang dalam perjalanan untuk menghantar muatan bijih besi ke Pelabuhan Kemaman dari Gua Musang, Kelantan.

“Sewaktu tiba di laluan berkenaan, treler yang dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan dipercayai akibat kerosakan brek.

“Kenderaan yang dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh penghadang jalan menyebabkan bahagian hadapannya remuk teruk,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, Mohd. Salanafuddin dan ahli keluarga yang berasal dari Felda Neram 2, Kemaman terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI