fbpx

Kepercayaan, sokongan keluarga penting untuk berjaya – Reen Rahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEN mendedahkan, bapanya pernah menangis kerana risau andai dirinya rosak dan lupa diri selepas bergelar artis.

PETALING JAYA – “Kepada ibu bapa, Insya-Allah anak-anak akan sentiasa di landasan yang betul bila dia melalui hidup dengan reda dan doa kalian. Jujur kepada diri sendiri, doa dan ikut kata hati.”

Demikian kata pelakon Reen Rahim yang berpegang dengan prinsip bahawa kepercayaan dan sokongan keluarga juga penting untuk seseorang anak berjaya dalam karier.

Reen, 33, berkata demikian apabila teringat tentang kerisauan bapanya sewaktu dia mula-mula memasuki dunia hiburan dengan menyertai program realiti Pilih Kasih terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar lapan tahun lalu.

Kongsi pemilik nama lengkap Noreean Ashikin Abdul Rahim itu, ketika itu bapanya sangat risau andai dia terjebak dengan perkara tidak patut selepas bergelar anak seni.

“Lapan tahun lepas, amie (gelaran untuk bapanya) hantar saya masuk di Angkasapuri (RTM) ini dengan penuh gundah gulana. Malam ketika mengemas barang, dia menangis semahu-mahunya.

“Bila kakak tanya, amie jawab dia takut saya rosak, lupa diri. Dia takut saya terjebak dengan kegiatan negatif seperti apa yang dibaca dalam laporan berita dan majalah Mangga bahagian gosip tu,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram.

Bagaimanapun kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu, semua keresahan bapanya tidak menghalang dia meneruskan niat bergelar anak seni memandangkan dirinya seorang yang tegas dalam mencapai apa yang dimahukannya.

“Saya ni memanglah anak mak. Tapi mak dan bapa kena dengar cakap saya. Sekali saya cakap nak, tiada siapa boleh halang. Masa itu, kakak yang nasihat dan tenangkan amie.

“Alhamdulillah, saya sama je tak ada lah pula lupa diri. Acah-acah pakai barang mewah, tak boleh makan warung, nak lepak tempat mahal selalu dan berkawan dengan orang tertentu saja. Lambat lagi. Kisah pula aku dengan semua itu,” katanya.

Untuk rekod, pelakon kelahiran Klang, Selangor itu mula menceburi dunia lakonan selepas menjuarai program Pilih Kasih musim ketiga pada 2012. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI