fbpx

Hanya dua kluster aktif di Perak catat kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanya dua kluste aktif di Perak mencatatkan kes baharu manakala jumlah pesakit Covid-19 yang direkodkan semalam adalah 414 kes. - Gambar hiasan

IPOH – Sebanyak 23 kluster aktif jangkitan Covid-19 direkodkan di negeri Perak sepanjang seminggu lalu dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 2,145.

Bagaimanapun, hanya dua kluster masih merekodkan jangkitan baharu harian sehingga semalam dengan jumlah keseluruhan 525 kes.

Jabatan Kesihatan negeri Perak pada paparan dalam laman Facebook menunjukkan, kluster tersebut adalah Industri Jalan Bercham dan Jalan Klebang 1/1.

Menurut paparan itu, kluster baharu iaitu Sungai Pelus yang mula direkodkan pada Sabtu lalu tidak mencatatkan kes baharu semalam dan kekal dengan 101 kes.

“Daripada senarai ini, kluster aktif dengan kes kumulatif paling tinggi adalah Industri Jalan Bercham iaitu 433 kes dengan satu jangkitan baharu dan Jalan Ulu Klebang 1/1 (92 kes, dua baharu).

“Bagi kluster aktif tetapi tidak merekodkan kes baharu pula, jumlah kumulatif tertinggi adalah kluster Batu 8 dengan 333 kes, Batu Empat Tapah (147) dan Jalan Jelapang 3 (119),” ujar kenyataan tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI