fbpx

Basikal lajak: Pihak pendakwaan fail rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Johor Bahru bersabit kes basikal lajak hari ini.

JOHOR BAHRU – Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret di sini kelmarin yang membebas dan melepaskan seorang jurujual wanita atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu.

Rayuan berkenaan difailkan Penolong Pegawai Undang-Undang, Pejabat Penasihat Undang-Undang Johor, Nurrul Azrina Arza dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali di kaunter Mahkamah Majistret/Sesyen, Kompleks Mahkamah Johor Bahru di sini pada pukul 9.15 pagi tadi.

Turut hadir, Pegawai Penyiasat Trafik Johor Bahru Selatan, Asisten Superintenden Mohd. Yusop Mohd. Ali dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan.

Pendakwaan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan untuk dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Muhammad Syafiq ketika ditemui pemberita memberitahu, rayuan berkenaan difailkan hari ini susulan arahan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, semalam.

“Apabila failkan notis rayuan, kita akan terima rekod rayuan, kemudian kita fail petisyen rayuan. Selepas ini, kita tunggu tarikh daripada mahkamah untuk perbicaraan rayuan tersebut,” katanya.

Ahad lalu, Mahkamah Majistret di sini membebas dan melepaskan Sam Ke Ting, 26, daripada pertuduhan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam pada pukul 3.20 pagi, 18 Feb 2017.

Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan terdapat kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap wanita berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI