fbpx

14 kluster baharu direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 14 kluster baharu dikenal pasti hari ini kesemuanya direkodkan di Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Melaka, Johor, Sarawak, Perak dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster-kluster tersebut melibatkan enam kluster tempat kerja, lima kluster komuniti serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, pendidikan lain dan institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

“Selain itu, sebanyak 10,555 kes sembuh hari ini kekal mengatasi kes harian dengan jumlah kes sembuh Covid-19 sebanyak 2,217,057 kes.

“Kes baharu merekodkan sebanyak 7,276 kes termasuk 10 kes import manakala, jumlah kes positif Covid-19 kini 2,353,579 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, daripada 7,276 kes harian yang dilaporkan, 150 kes (2.1 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 7,126 kes (97.9 peratus) kategori satu dan dua.

“Sebanyak 724 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 398 kes memerlukan bantuan pernafasan,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI