fbpx

Sebahagian Hutan Simpan Ulu Sat perlu diganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAKIYUDDIN (kiri) dan Mohd. Ridza (kanan) menanam pokok dalam Program Berbasikal Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Sebahagian Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Sat di Machang dekat sini perlu diwartakan sebagai sebuah kawasan baharu selepas pembinaan projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) siap kelak.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu bertepatan dengan dasar Majlis Tanah Negara telah menetapkan HSK yang diwarta keluar atau telah digunakan untuk pembangunan perlu diganti.

“Ada kawasan HSK Ulu Sat di Machang yang terlibat dalam projek pembinaan lebuh raya itu. Jadi, hutan simpan itu perlu digantikan.

“Itu dasar yang perlu dipatuhi dan telah diputuskan oleh Majlis Tanah Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Berbasikal Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Taman Perbandaran Tengku Anis di sini hari ini. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI