fbpx

MA63: Tuntutan dalam rundingan akan dibawa ke Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Malaysia Palm Oil Board (MPOB) 2022 di Dewan Sawit, Ibu Pejabat MPOB, di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID

BANGI – Sebahagian tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih dalam rundingan dan akan dibawa ke Parlimen pada persidangan akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bagaimanapun, sebahagian besar daripada tuntutan MA63 itu sudah diselesaikan oleh pemimpin terdahulu termasuk kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“(Tuntutan) dia ada banyak daripada dulu lagi ada yang dah selesai. Ia dipanggil (evolusi kuasa).

“Maknanya dari segi kawasan pentadbiran, sudah diserahkan balik kepada Sabah dan Sarawak termasuk perkara yang melibatkan kewangan dan juga perundangan.

“Namun, masih ada lagi yang dirundingkan dan perlu dibawa ke Parlimen. Ini kerana, ada yang perlu ada implikasi kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 2022 di Ibu Pejabat MPOB, di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan bahawa beberapa perkara utama dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya diselesaikan.

Anwar berkata, perkara itu merangkumi pelantikan wakil dalam Ahli Lembaga di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk bantuan pendidikan dan infrastruktur kesihatan serta peruntukan perbelanjaan tahunan kepada Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI