fbpx

[VIDEO] Aksi ‘berlumba’ berakhir tragedi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman papan pemuka yang memaparkan kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan di Jalan Ulu Yam pagi tadi.

PETALING JAYA – Keseronokan beberapa buah kereta berkonvoi serta memandu secara laju dan melulu di Jalan Ulu Yam berakhir dengan tragedi apabila salah sebuah daripadanya terlibat dalam kemalangan pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.44 pagi itu, kemalangan tersebut berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan sebelum ia tular di laman Facebook.

Menerusi rakaman berdurasi 44 saat itu, kelihatan tiga buah kereta dipercayai sedang ‘menguji jentera’ sebelum salah sebuah daripadanya bertembung dengan dua buah kenderaan dari arah bertentangan iaitu lori dan sebuah kereta lain.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana nasib kesemua mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut sama ada terdapat kecederaan atau kematian.

Susulan perkongsian rakaman itu, rata-rata pengguna berang dengan aksi mereka yang membawa kereta secara melulu di kawasan jalan kampung yang sempit.

“Kawasan jalan sempit pun nak tunjuk hebat, kalau rasa nak ‘race’ sangat pergilah ke Litar Sepang tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa,” tulis Pengayuh Beca Sahaja.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Jebat Belum Derhaka.

“Nasib baik tak rembat penunggang basikal sekali, kalau tidak mesti ada kehilangan nyawa. Polis sila pantau laluan ini, selalu sangat jadi litar lumba haram,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI