fbpx

Vettel tidak setuju keputusan F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VETTEL menganggap penambahan jumlah pusingan perlumbaan musim depan membebankan para pelumba dan kru pasukan menyebabkan masa rehat mereka berkurangan. – AFP

ISTANBUL – Sebastian Vettel ­dilihat tidak senang duduk de­ngan keputusan Formula Satu (F1) yang bersetuju untuk menambah pusingan perlumbaan menjelang saingan musim 2022 nanti.

Meskipun dunia dilanda pandemik Covid-19, F1 bersedia menganjurkan 23 pusingan perlumbaan, sekali gus memecahkan rekod perlumbaan terpanjang dalam sejarah penganjuran sukan permotoran paling berprestij itu.

Pelumba Aston Martin itu berasakan keputusan yang dilakukan F1 kurang bijak, selain mengingatkan bahawa mereka yang berada dalam saingan ini adalah manusia yang turut memerlukan tempoh rehat yang mencukupi.

Vettel turut menegaskan, keputusan yang dibuat F1 bakal mendatangkan pelbagai masalah bukan sahaja terhadap saingan itu, malah juga kepada emosi pemandu, kru dan juga pasukan yang terpaksa menempuh jadual yang terlalu padat.

“Mereka yang berada dalam perlumbaan ini adalah manusia dan perlu mengelilingi dunia setiap bulan. Mereka perlu fikir bahawa, kru mahupun meka­nik dalam pasukan mempunyai keluar­ga dan anak-anak.

“Akibat keputusan ini, mereka terpaksa meninggalkan keluar­ga mahupun anak-anak untuk satu tempoh yang agak panjang. Jadi, F1 seharusnya memikirkan perkara-perkara ini sebelum membuat keputusan,” kata Vettel.

Dalam pada itu, Daniel Ricciardo turut bersetuju dengan pendapat Vettel dan berharap, sekatan terhadap Covid-19 dilonggarkan agar mereka dapat mengurangkan tekanan.

“Saya harap tahun depan, tiada lagi sekatan akibat pandemik yang membataskan pergerakkan setiap pasukan. Jika dilonggarkan, ia sedikit sebanyak dapat membantu pelumba mahupun kru untuk bebas melakukan aktiviti sosial mereka,” ujar Ricciardo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI