fbpx

UniMAP terima 1,901 penuntut baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naib Canselor UniMAP, Prof Ts. Dr. Zaliman (duduk tengah) pada Majlis Taklimat Waris Penuntut Baharu Ijazah Sarjana Muda Sidang Akademik 2021/2022, hari ini.

KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merekodkan kemasukan seramai 1,901 penuntut baharu bagi pengajian ijazah sarjana muda untuk semester satu sesi 2021/2022, hari ini.

Naib Canselornya, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, penuntut tersebut terdiri daripada 947 lelaki dan 954 perempuan.

Katanya, mereka bakal mengikuti minggu suai kenal yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari secara dalam talian terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat tentang pengajian.

“Penuntut baharu ini akan mula mengikuti pengajian secara hibrid apabila pihak universiti membenarkan mereka ke kampus bagi fasa kedua mulai 22 Oktober ini bersama pelajar tahun dua dan pasca siswazah.

“Universiti akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Sektor Pendidikan Tinggi, Pengoperasian Institusi Pengajian Tinggi yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan pelajar dan warga UniMAP terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat Waris Penuntut Baharu Ijazah Sarjana Muda Sidang Akademik 2021/2022 secara dalam talian di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI