fbpx

JPJ Kelantan buka kaunter sementara di UTC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan UTC di Jalan Hamzah, Kota Bharu. - Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan membuka kaunter sementara di pekarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hamzah di sini bermula esok sehingga Khamis depan.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kaunter itu dibuka untuk pelbagai urusan melibatkan perkhidmatan JPJ ekoran kerja menaik taraf lantai dan kemudahan lain di pejabat jabatan itu di RTC selama lima hari.

“Selain itu, kita juga menyediakan perkhidmatan JPJ Mobile untuk urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu di pekarangan UTC tersebut bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang.

“Orang ramai juga boleh menggunakan perkhidmatan secara dalam talian atau laman web public.jpj.gov.my atau membuat urusan berkaitan di Pejabat JPJ cawangan atau pejabat pos yang berdekatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Hanif Yusabra, segala kesulitan melibatkan hal ehwal JPJ dalam tempoh tersebut amat dikesali.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI