fbpx

Fokus satu demi satu perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain muda badminton negara diingatkan untuk fokus satu demi satu perlawanan menjelang kejohanan Piala Thomas dan Uber 2020 di Aarhus, Denmark yang membuka tirai hari ini.

PENGARAH Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann mengingatkan para pemain negara agar memberi tumpuan satu demi satu perlawanan agar fokus mereka tidak terganggu ketika berdepan pasukan besar pada saingan Piala Thomas dan Uber 2020 yang membuka tirai hari ini.

Pada kejohanan Piala Thomas dan Uber 2020 kali ini, BAM mengambil langkah berani apabila mengetengahkan ramai pemain muda dalam usaha persatuan memastikan pasukan negara terus melahirkan pemain-pemain berdaya saing pada masa akan datang.

Justeru, Choong Hann melahirkan keyakinan dengan kemampuan pemain muda negara meskipun terpaksa berdepan lawan yang lebih berpengalaman sekali gus melakukan kejutan sekali lagi selepas tampil cemerlang ketika bersaing pada Piala Sudirman di Vantaa, Finland minggu lalu.

“Apa yang saya dapat lihat ketika ini, emosi pemain sangat baik dan mereka ghairah untuk berada di gelanggang terutama pemain yang baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur.

“Saya tidak bimbang terutama kepada pemain yang baru menyertai Piala Sudirman kerana mereka kini dalam persiapan terbaik dan bersemangat sebaik sahaja kembali ke gelanggang.

“Menjelang aksi Piala Uber nanti, saya berharap pemain dapat memberi tumpuan ketika berdepan Denmark. Saya akui Denmark antara pasukan paling kuat di Eropah. Saya yakin para pemain dapat memberikan aksi terbaik dan berani untuk berdepan pasukan tuan rumah.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan semangat pemain-pemain kita. Saya harap mereka dapat bawa semangat macam ini meskipun berdepan pemain terbaik dunia,” katanya.

Ditanya mengenai perlawanan kedua Piala Uber berdepan China, Choong Hann meletakkan harapan cukup baik kepada pemain muda negara dan akan merencanakan strategi terbaik.

“Terus terang saya katakan, kita masih belum cukup bagus untuk mengatasi China tetapi buat masa ini saya mahu pemain fokus pada aksi perlawanan pertama berdepan Denmark.

“Soal aksi dengan China, kita akan fikir sebaik perlawanan Denmark berakhir. Fokus dengan Denmark dahulu dan itu adalah perkara mustahak,” katanya.

Choong Hann turut berharap ketiadaan England dapat memberi kelebihan kepada skuad negara pada Piala Thomas sekali gus berpeluang untuk mara ke suku akhir dan menepati sasaran awal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI