fbpx

Antara kecaman, perjuangan Frontliner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FRONTLINER masih menjadi antara naskhah popular dalam Netflix.

SEBUT sahaja nama Netflix, pasti ramai penggiat seni mahu karya mereka ditayangkan dalam platform penstriman popular tersebut.

Antara yang berjaya membolosi skrin platforn tersebut ialah telefilem Frontliner lakonan Azhan Rani, Beto Kusyairy dan Emma Maembong.

Mengharapkan sebuah karya bermakna, namun lain pula yang berlaku apabila respons yang diterima daripada para penonton kurang memberansangkan.

Ada yang mengecam dan meluahkan kekecewaan terhadap plot cerita yang dikatakan sangat perlahan serta kurang meyakinkan.

Bagaimanapun, di sebalik semua kritikan tersebut, terdapat juga ujian daripada beberapa individu, antaranya oleh pakar perubatan seperti Dr. Rafidah Abdullah yang berterima kasih kepada semua pihak terbabit dengan pembikinan karya berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI