fbpx

KKM luluskan dos penggalak vaksin keluaran Pfizer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH picagari diisi dengan vaksin Covid-19 Pfizer di Los Angeles pada 7 Julai lalu. - AFP

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak (booster dose) vaksin Covid-19 keluaran Pfizer iaitu Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (Comirnaty).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin itu dikeluarkan Pfizer Manufacturing Belgium NV (Belgium) dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany.

Beliau berkata, kelulusan itu diberikan selepas Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-365 yang telah bersidang pada hari ini.

“Vaksin itu akan diberikan kepada penerima sekurang-kurangnya selepas enam bulan dos kedua bagi golongan berumur 18 tahun dan ke atas.

“Vaksin Comirnaty sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas pada 15 Jun lalu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI