fbpx

Permohonan Sekolah Khusus mulai 10 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 boleh dibuat secara dalam talian dari 10 Oktober hingga 15 November 2021.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, permohonan ke Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my.

Manakala bagi permohonan ke Tingkatan Empat melalui pautan https//:spskt4.moe.gov.my.

“Sekolah-sekolah khusus itu ialah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) mulai tahun 2021

“Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut KPM, permohonan secara dalam talian itu melibatkan SBP Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat, SMKA Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat, SMT Tingkatan Empat, KV Tahun Satu dan MTD Tingkatan Empat.

Jelas KPM, pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat secara dalam talian bermula 1 Disember 2020.

Kata KPM, pentaksiran akan bermula dari 17 Januari 2022 hingga 27 Januari 2022 bagi Tingkatan Satu dan 7 hingga 17 Februari 2022 bagi Tingkatan Empat.

“Komponen yang akan ditaksir adalah kecerdasan insaniah (20 peratus), kecerdasan intelektual (70 peratus) dan artikulasi penulisan (10 peratus).

“Syarat permohonan adalah warga Malaysia, berdaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), murid Tahun Enam 2021 berumur 12 tahun atau lahir pada 2 Januari 2009 dan hingga 1 Januari 2010 dan pelajar Tingkatan Tiga 2021 berumur 15 tahun atau lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007,” kata KPM. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI