fbpx

UMNO Melaka diarah bersedia hadapi PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika ditemui pemberita malam tadi.

ALOR GAJAH – Kesemua jentera pilihan raya UMNO negeri Melaka telah diarahkan untuk bersiap sedia menghadapi PIlihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka bakal diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), bermula hari ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, pusat daerah mengundi (PDM) telah diarahkan untuk berbuat demikian susulan hasil perjumpaan bersama beliau bersama pemimpin UMNO keenam-enam bahagian di sini, malam tadi.

“UMNO negeri telah diarahkan untuk menggerakkan (PDM) di semua peringkat mulai esok (hari ini).

“Kesiap-siagaan di semua PDM perlu dilaksana segera dalam memastikan UMNO menang dengan majoriti,” katanya selepas menghadiri mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Melaka di Villa D’Acqua di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang juga ADUN Lendu; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh; Ketua Wanita, Datuk Seri Noraini Ahmad dan Ketua Pemuda, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Mengulas lanjut mengenai rundingan kerusi bersama Perikatan Nasional (PN) bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru, beliau memberitahu perkara tersebut belum diputuskan.

“Rundingan kerusi ini hanya boleh dicadangkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri, namun kelulusan tertakluk kepada keputusan di peringkat Pusat.

“Bagaimanapun kita belum fikirkan lagi (rundingan bersama PN Melaka), malam ini baru bagi semangat pada anak buah,”katanya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI