fbpx

Dua beradik disimbah air panas, dicucuh api rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beradik melalui detik hitam dalam hidup apabila menjadi mangsa dera pengasuh dalam kejadian di Taman Selesa Jaya, Skudai, Johor sejak April lalu.

ISKANDAR PUTERI – Dua beradik mengalami kecederaan parah selepas disyaki disimbah air panas serta dicucuh api rokok dalam kejadian di Taman Selesa Jaya di sini Khamis lalu.

Penderitaan dua beradik berusia enam dan 11 tahun itu disedari ibunya, M. Vikneswari, 30, selepas pengasuh menghantar pulang mangsa menggunakan kenderaan e-hailing.

Menurut ibu tunggal itu, kedua-dua anak lelakinya dihantar ke rumah pengasuh sejak April lalu dengan kadar bayaran RM800 sebulan.

“Suami saya meninggal dunia sudah lama, jadi saya seorang diri jaga mereka tetapi sebab kerja pembantu kedai, saya hantar anak ke pengasuh.

“Saya kenal pengasuh melalui kenalan, sebab sibuk cari rezeki sejak hantar saya sempat berjumpa tiga kali sahaja.

“Malah saya juga dilarang berjumpa anak-anak sebab mereka beri alasan macam-macam antaranya kena kuarantin kerana kontak rapat Covid-19,”katanya di sini hari ini.

Vikneswari berkata, selepas berbincang dengan majikannya mengenai masalah untuk berjumpa anak, dia dinasihatkan membuat laporan polis.

Namun, setelah pengasuh mengetahui tindakan Vikneswari, mereka menghantar kanak-kanak terbabit menaiki kenderaan e-hailing pulang ke rumah ibunya.

“Anak saya cakap mereka didera dengan cara dipukul dengan rotan, getah paip, badan diikat, disimbah air panas serta dicucuh api rokok.

“Manusia jenis apa mereka ini, saya beri duit upah untuk jaga mereka, tapi mereka buat macam ini dekat anak tidak berdosa,”katanya.

Susulan kejadian itu, Vikneswari membuat laporan di Balai Polis Nusa Bestari di sini pada hari sama anaknya dihantar pulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan itu.

Katanya, tiga individu berusia 22 hingga 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI