fbpx

Diperdaya rakan, kontraktor rugi lebih RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Wazir

KUANTAN – Seorang kontraktor binaan mengalami kerugian RM50,370 selepas ditipu rakannya sendiri dalam tawaran tender projek membekalkan pakaian untuk pihak kerajaan dan swasta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 28 Julai lalu apabila mangsa dan suspek berbincang mengenai tender terbabit.

“Mangsa yang mengenali suspek sejak empat tahun lalu bersetuju dengan tender yang ditawarkan kepadanya melalui aplikasi WhatsApp dari rakannya itu dengan jumlah modal keseluruhan RM50,370.

“Suspek menjanjikan pulangan keseluruhan iaitu sebanyak RM9,635 hasil keuntungan yang akan di perolehi oleh mangsa daripada tender tersebut,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd Wazir, bagi urusan tersebut mangsa telah membuat sebanyak 13 transaksi ke akaun suspek dalam tempoh antara 28 Julai hingga 15 September lalu.

“Setelah semua pembayaran dibuat, mangsa bertanya kepada rakannya itu berkenaan dengan pulangan tetapi suspek tidak menjawab dan selepas itu mangsa tidak dapat menghubunginya.

“Mangsa berasa telah ditipu datang ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian itu,”ujarnya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI