fbpx

Vaksin terbukti kurangkan gejala jangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Peratusan risiko untuk tidak dijangkiti jangkitan Covid-19 adalah sebanyak lebih 80 peratus bagi individu-individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin.

Menerusi perkongsian di Twitternya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan, vaksin Covid-19 bukan sahaja dapat melindungi kita dari gejala dan kematian malah mampu mengurangkan risiko jangkitan.

“Walaupun vaksin Covid-19 dihasilkan untuk melindungi kita dari gejala dan kematian, kajian data dunia nyata dengan menunjukkan vaksin Covid-19 juga dapat mengurangkan risiko jangkitan.

“Data dunia nyata sudah menunjukkan vaksin juga mengurangkan penularan,” katanya hari ini.

Tangkap layar ciapan Khairy di Twitter hari ini.

Tambahnya lagi, peratusan individu yang tidak mengambil vaksin akan mudah dijangkiti dan dimasuki ke dalam hospital adalah tinggi.

“Tetapi hujah yang paling kuat terhadap orang antivaksin adalah, jika anda tidak mendapat vaksin, kemungkinan anda dimasukkan ke hospital lebih tinggi.

“Apabila perkara itu berlaku, barisan hadapan @KKMPutrajaya harus menjaga anda dan sudah pasti kapasiti penjagaan kesihatan semakin tertekan. Anda tidak akan hidup dalam gelembung,” ujarnya.

Susulan daripada perkongsian itu, orang ramai berasa bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih buat Khairy Jamaluddin kerana berusaha sedaya upaya untuk memastikan rakyat sentiasa dalam keadaan terjaga.

“Terima kasih Yb kerana sentiasa memastikan keselamatan rakyat terjaga, saya harap orang ramai terus menjaga SOP dan kebersihan agar kes Covid-19 tak naik,” kata @Qayyumshukri.

“Saya harap kes Covid-19 terus menurun dan kadar vaksinasi semakin meningkat, sebab nak balik kampung nak jumpa mak ayah, terima kasih KJ sebab bantu kami nak balik kampung,” jelas @Shafiqjaafar.

“Alhamdulillah, semoga kita semua terus ada rasa tanggungjawab untuk menjaga SOP dan saya harap orang ramai pergi mengambil vaksin, tolong jangan percaya apa yang antivaksin cakap tentang vaksin,” ujar @Mursyidsalleh.

Setakat 4 Oktober 2021, kadar lengkap vaksinasi dalam negara bagi populasi dewasa sudah mencapai 88 peratus manakala 94.4 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI