fbpx

Rodgers gesa pemain pamer aksi berkualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VARDY meraikan jaringannya ketika Leicester menentang Palace yang menyaksikan kesudahan perlawanan seri 2-2 pada aksi EPL di Stadium Selhurst Park kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers menggesa anak-anak buahnya agar bangkit menunjukkan permainan lebih berkualiti selepas mengharungi kempen yang mengecewakan pada awal saingan musim ini.

Keputusan seri 2-2 dengan Crystal Palace di Stadium Selhurst Park kelmarin adalah perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) keempat berturut-turut Leicester gagal mencatat kemenangan sejak menang 2-1 ke atas Norwich City pada 28 Ogos lalu.

Sejak itu, The Foxes cuma berupaya melakar satu kemenangan daripada tujuh aksi terakhir dalam semua kejohanan dengan keputusan positif tersebut hanya dilakar ke atas pasukan divisyen bawahan, Milwall dalam saingan Piala Liga England.

“Ini adalah satu lagi keputusan yang mengecewakan kerana kami mendahului pihak lawan dengan dua gol pada babak pertama. Selepas itu, kami gagal mengancam kubu mereka pada separuh masa kedua.

“Saya terpaksa akur mengharungi fasa yang cukup sukar ketika ini tetapi saya mahu para pemain bangkit mengubah ­prestasi mereka dan tidak lagi melakukan kesilapan.

“Hari ini segala-galanya serba tidak menjadi terutama di benteng pertaha­nan.

“Saya harap si­tua­si itu dapat diperbaiki dan kami kembali berada di landasan sebenar,” kata Rodgers.

Leicester mendahului Palace dengan dua gol pantas pada babak pertama melalui jaringan Kelechi Iheanacho dan Jamie Vardy pada minit ke-31 serta 37.

Bagaimanapun, Palace yang dibimbing Patrick Vie­i­­ra menggembirakan para pe­nyokong mereka dengan dua gol untuk mengikat kedudukan 2-2 menerusi Michael Olise dan Jeffrey Schlupp pada minit ke-61 serta 77. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI