fbpx

Keterujaan Park Eun-bin mahu jadi anak raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK EUN-BIN

MEMBAWA watak berbeza dan lari jauh daripada kebiasaan semestinya menjadi idaman bagi semua pelakon.

Hal tersebut dibuktikan oleh pelakon semakin meningkat naik, Park Eun-bin apabila mengakui menolak semua projek lain hanya kerana mahu memberi fokus terhadap tawaran berlakon dalam drama The King’s Affection.

Drama berkenaan mengisahkan kehidupan anak raja yang dilahirkan sebagai kembar lelaki dan perempuan.

Biarpun kembar perempuan diabaikan, namun dia kemudian menyamar sebagai lelaki untuk menjadi putera raja selepas pasangan kembarnya meninggal dunia.

“Kali terakhir saya berlakon drama epik ialah pada 2014 menerusi Secret Door. Jadi saya mahu melakonkan cerita yang sama selepas bertahun lamanya.

“Walaupun saya mungkin berpeluang berlakon dalam banyak lagi cerita sejarah lain pada masa depan, tetapi saya tidak rasa dapat memegang watak anak raja jika menolak peluang ini. Jadi saya tolak semuanya demi drama A King’s Affection,” ujarnya.

Dalam drama yang akan memulakan siaran pada 11 Oktober ini, Eun-bin memegang watak Lee Hwi, seorang putera raja yang menyimpan rahsia besar, sementara Rowoon SF9 pula berlakon sebagai Jung Ji-woon iaitu guru kepada Lee Hwi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI