fbpx

Kelab mewah PSG rebah kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kiri) dan Neymar gagal membantu PSG meraih kemenangan selepas tewas 0-2 kepada Rennes pada saingan Ligue 1 di Stade de a roue d Lorient semalam. – AFP

PARIS – Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino akur selepas ‘aura’ pemain berkelas bintang gagal membantu pasukan daripada mengalami kekalahan pertama pada saingan Ligue 1 selepas dikecewakan Rennes dengan keputusan 0-2 kelmarin.

Pada aksi itu, PSG membariskan kesebelasan terbaik khususnya jentera serangan seperti Lionel Messi, Kylian Mbappe, Angel Di Maria dan Neymar tetapi gagal memberikan impak yang diharapkan apabila tiada sebarang percubaan tepat ke arah kubu gol pasukan lawan.

Kata Pochettino, sistem taktikal yang diterapkan bukan punca utama­ pasukan tewas memandang­kan strategi tersebut menjadi selepas berjaya menewaskan Manchester City pada aksi Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.

“Saya akui sangat kecewa apabila kami mengalami kekalahan pertama pada saingan musim ini dan tidak tahu berpunca dari mana? Secara jujur, aksi 25 minit pertama yang dipamerkan pasukan cukup baik tetapi segalanya berubah selepas pasukan lawan menjaringkan gol.

“Kemudian, Rennes mula mendapat keyakinan selepas menyaksikan setiap kali asakan yang dilakukan oleh pasukan gagal menerjah jaring dan selepas ketinggalan 0-2, bukan sesuatu yang mudah untuk mencuri mata berharga.

“Apa yang pasti, saya tidak mahu pengkritik mempersoalkan strategi atau taktikal yang diterap­kan kerana saya menggunakan cara termasuk barisan jentera serangan yang sama ketika menewaskan City sebelum ini,” katanya.

Keputusan itu juga menyaksikan Messi mengalami kekalahan pertama sejak berhijrah ke PSG daripada kelab Barcelona, Ogos lepas.

Sebagai rekod, Messi masih lagi belum menjaringkan sebarang gol pada kancah Liga Perancis dan hanya meledak satu gol pada aksi Liga Juara-Juara Eropah bertemu City baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI