fbpx

Kamal Adli dah ukur baju nikah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMAL dilihat sedang mengambil ukuran badan, dipercayai untuk persediaan baju acara pernikahannya bersama Uqasha tidak lama lagi.

PETALING JAYA – “Maaf, baru selesai ukur baju.”

Itu jawapan ringkas pelakon yang juga tunang kepada pelakon jelita, Uqasha Senrose iaitu Kamal Adli kepada Kosmo! Online ketika diminta memperincikan perkongsian video memperlihatkan dirinya sedang membuat ukuran baju bersama di beberapa butik jenama popular menerusi Instagramnya.

Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, dilihat sibuk diambil ukuran badan oleh beberapa pereka fesyen tersohor tanah air bagi menyarung baju dikatakan bakal digayakan pada hari bahagianya bersama Uqasha yang masih belum didedahkan tarikh pernikahannya kepada umum.

Menerusi dua video pendek yang dimuat naik dalam Instastory, pelakon siri Viu berjudul Black itu dilihat mengambil ukuran baju bersama dua jenama pakaian popular iaitu Lord’s Tailor dan Rizman Ruzaini.

Ditebak pertanyaan sama ada hari pernikahannya dengan Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen semakin dekat, Kamal hanya membalas perihal itu dengan menghela tawa, sekali gus membiarkan teka-teki itu terus menjadi persoalan ramai.

Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.

Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.

Sekitar Mac lalu, Kamal dan Uqasha mengesahkan bakal diijabkabulkan namun enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka.

Kalau mengikut perancangan asal, pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis akad nikah dan tiga majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Pada Jun lalu, Kamal mendedahkan secara eksklusif kepada Kosmo! Online bahawa kalau bukan disebabkan pandemik Covid-19 yang menjadi kekangan buat ramai pasangan bercinta untuk mendirikan masjid, dia dan Uqasha sepatutnya sudah bergelar suami isteri pada bulan tersebut.

“Tak naklah nikah online ke apa atau yang boleh datang 40-30 orang. Apa yang nak dikenang nanti. Pada waktu sama, kita hormat lockdown dan tunggu kes Covid-19 negara reda,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI