fbpx

Grocer Mart bakal buka 2,000 cawangan sehingga 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fathiri menunjukkan ikan segar yang terdapat di Grocer Mart pada hari pembukaan cawangan sulungnya di Prima Sri Gombak baru-baru ini.

PETALING JAYA – Fathiri Fadz­lah Holdings Sdn. Bhd. pemilik pasar raya yang memberi tumpuan kepada penjualan barangan basah segar, Grocer Mart ­mengunjurkan membuka 2,000 cawangan menjelang tahun 2025.

Pengasas syarikat, Datuk Fathiri Fadzlah berkata, buat masa ini, syarikat membuka cawangan sulungnya di Prima Sri Gombak dengan pelaburan melibatkan lebih daripada RM500,000.

Menurut beliau, syarikat bakal membuka cawangan keduanya menjelang akhir tahun ini di Bandar Seri Putra, Bangi bagi meluaskan pengembangan pasaran dan rangkaiannya di seluruh negara.

“Kami menggunakan dana dalaman dan sokongan daripada rakan pelabur untuk menjayakan projek ini.

“Melalui penambahan cawangan baharu secara berperingkat ini akan memberi peluang untuk menawarkan peluang berniaga kepada pembekal sayur-sa­yuran, barangan basah lain selain hidupan laut dan ayam segar serta peluang pekerjaan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Grocer Mart baru-baru ini.

Fathiri yang pernah menjawat jawatan sebagai guru matematik sebelum ini mengharapkan maklum balas daripada pelanggan untuk menambah baik per­khidmatan yang disediakan bagi membolehkan misi pengembangan cawangan untuk pelan jangka panjang direalisasikan.

Tambah beliau, terdapat lebih daripada 80 jenis sayuran segar dan 40 jenis barangan basah lain ditawarkan di cawangan pertama ini dan bakal menambah lebih banyak produk untuk memenuhi keperluan pelanggan.

“Kami mengutamakan jualan produk yang harga agak rendah daripada pasaran semasa dan ia adalah antara 10 hingga peratus, sekali gus memberi penjimatan kepada pelanggan dalam berdepan dengan persekitaran ekonomi yang sukar kini,” ­ujar­nya.

Jelasnya, barangan segar akan dibekalkan setiap hari dan syarikat juga bercadang untuk me­nganjurkan jualan lelong seperti Infaq Jumaat dan juga Crazy Sunday dalam pelan promosi Grocer Mart sepanjang tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI